Kesultanan Riau-Lingga ialah sebuah kerajaan 𝘔𝘦𝘭𝘢𝘺𝘶 Islam di Kepulauan Lingga, Riau yang merupakan pecahan daripada Kesultanan Johor. Kesultanan ini dibentuk berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, dengan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah sebagai sultan pertamanya. Kesultanan ini dihapuskan oleh pemerintah kolonial Belanda (Syarikat Hindia Belanda) pada 10 Februari 1911.
Kesultanan Riau-Lingga | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1824–1911 | |||||||||||
| |||||||||||
Ibu negara | Daik dan Pulau Penyengat | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Melayu | ||||||||||
Agama | Islam | ||||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||||
Sultan | |||||||||||
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah | |||||||||||
Sultan Muhammad II Muazzam Shah | |||||||||||
Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah | |||||||||||
Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah | |||||||||||
Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah | |||||||||||
Sejarah | |||||||||||
1824 | |||||||||||
• Pembubaran oleh Belanda | 1911 | ||||||||||
|
Kesultanan Lingga-Riau memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga menjadi bentuk bahasa Indonesia kini. Pada masa kesultanan ini, bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa baku yang kaya dengan kesusasteraan serta memiliki kamus ekabahasa sendiri dan sejajar dengan bahasa-bahasa lain yang besar di dunia. Tokoh besar di belakang perkembangan pesat bahasa Melayu ini adalah Raja Ali Haji, seorang pujangga dan ahli sejarah yang berketurunan Melayu-Bugis.